Bahan-bahan
1. Satu buku roti RM1.20 atau lebih sedikit mengikut harga
setempat. Anda juga boleh menggunakan roti gardinear atau
High-five atau roti sedap atau yang sejenis dengannya.
2. 350 gram usus ayam – ambil yang berwarna seakan-akan
merah. Jangan ambil yang keras.
3. ½ keping kelapa parut.
4. 100 ml air
13
Penyediaan bahan
1. Roti disiat-siat tapi tidak terlalu kecil.
2. Usus ayam dibersihkan dengan membuang segala kotorannya
dan dipotong 1 inci panjang. Blender sehingga halus dengan
blender khas. (PERHATIAN: Jangan menggunakan blender
yang sering digunakan oleh isteri anda dalam tugas hariannya.
Anda perlu beli atau dapatkan blender khas untuk tujuan ini).
Masukkan sedikit air agar bahan tersebut tidak terlalu likat atau
pekat. Tapis dengan penapis yang anda khaskan untuk tujuan
itu.
3. Pastikan tiada sisa pepejal seperti urat-urat usus yang tidak
hancur. Jika ada, buang (dengan menapis)
4. Masukkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam satu bekas
lain. Gaulkan semua bahan iaitu cairan usus, kelapa parut dan
roti dengan sama rata. Pastikan gaulan tidak terlalu lembut.
Jika lembut, tambah cebisan roti.
5. Sebaik-baiknya gunakan selepas 4 jam umpan tersebut
disediakan.
Arahan Penggunaan
1. cangkukkan cebisan roti tersebut pada mata pancing.
2. Setelah dicangkukkan ke mata pancing, kepal roti tersebut agar
tidak bertaburan semasa anda membalingkan umpan ke dalam
kolam.
3. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana biasanya patin berada
di tengah kolam terutama tempat yang dalam.
4. Tunggu sekurang-kurangnya 20 minit, sebelum anda
mengangkat pancing anda jika tidak dimakan ikan. Gantikan
umpan yang baru dan balingkan tempat yang sama.
5. Bersabar. Jangan terlalu cepat untuk beralih ke tempat lain.
Umpan anda telah bertaburan di dasar kolam. Ini merupakan
satu tarikan untuk patin menghampirinya dan seterusnya
memakan umpan anda.